Social Icons

Pengasas Homeopathy


Nama penuh pengasas Perubatan Homeopathy ialah Christian Friedrich Samuel Hahnemann merupakan Tokoh atau Bapa Perubatan Homeopathy. Beliau menjumpai dan mengasaskan sistem perubatan Homeopathy yang dinamakan ‘Undang-undang Seraksi’ (The Law Of Similar). Beliau dilahirkan di Missen Saxony, Jerman pada 10 April 1755 dan meninggal di Paris pada 22 Julai 1843.

Bapanya seorang pelukis tembikar. Walaupun miskin bapanya sangat mengutamakan pendidikan yang diperolehi oleh anaknya. Apabila berumur 12 tahun bapanya sudah memasukkannya ke Sekolah Latin Negeri Di Meissen. Apabila berumur 15 tahun bapanya memindahkannya ke Sekolah Prince yang sangat mashyur di Bandar itu. Namun demikian Hahnemann terpaksa berhenti sekolah kerana bapanya tidak mampu lagi membiayai persekolahannya. Dengan ini Hahnemann terpaksa bekerja sebagai perantis di sebuah kedai runcit. Akhirnya, pengetua sekolahnya mendapat tahu kisah penderitaan Hahnemann, maka dia sangat terharu dan mengizinkan Hahnemann bersekolah tanpa yuran persekolahan. Dalam keadaan sukar begini, Hahnemann telah menghadapi pelajarannya dengan tabah dan sabar. Hahnemann mempunyai peribadi yang luar biasa, tinggi pengetahuan dan luas pengalamannya. Waktu dalam usia 22 tahun, beliau telah boleh menguasai serta mahir dalam bahasa Greek , Arab, Hebrew, Latin, Itali, Peranchis, Syrani, Sepanyol, Inggeris, Danish dan Jerman, bahasa ibundanya sendiri. Khabarnya bila ia hendak mengetahui satu-satu bahasa itu ia terus sahaja mempelajarinya dengan teratur dan bersungguh-sungguh, lalu ia mendapatinya.

Dalam usia 20 tahun, beliau berjaya melanjutkan pelajarannya ke Universiti Leipzig dalam bidang perubatan. Beliau membiayai dirinya dengan mengajar bahasa Peranchis dan Jerman kepada seorang anak hartawan Jerman. Semasa berumur 24 tahun beliau telah menerima ijazah MD dalam bidang perubatan Allopathy. Melalui ilmu pengetahuan beliau yang luas, sifatnya yang tekun dan rajin menjadikan beliau seorang doktor yang ideal serta disegani oleh kawan dan lawannya.

Sewaktu menuntut di universiti berkenaan beliau sudah mulai melakukan kerja-kerja penterjemahan dari bahasa Inggeris ke bahasa Jerman, diantaranya termasuklah ‘Essay On Hydrophobia’ oleh Nugent; ‘Physiological Essays’; ‘Modern Practise of Physic’ oleh Ball. Daripada tahun 1779, beliau telah menyumbang berbagai-bagai makalah karangannya kepada majalah. Pada tahun 1784 iaitu ketika berumur 29 tahun, beliau menerbitkan karangannya yang asal, “ On The Treatment Of Ulcers “. Didalam buku ini beliau melahirkan keraguan beliau dengan amalan perubatan semasa yang tidak mempunyai suatu prinsip untuk menentukan kuasa penyembuhan dalam ubat. Hahnemann juga seorang yang mahir dalam kimia amali dan banyak menulis tentang tajuk kimia diantaranya buku “Arsenical Poisoning” yang diterbitkan dalam tahun 1786. Buku ini mendapat sanjungan dan menjadi rujukan para cerdik pandai.

Pada tahun 1788 beliau mengumumkan bahawa beliau telah menemui suatu penyediaan baru bagi raksa yang dikenali sebagai raksa larut Hahnemann.Disebabkan kekurangan peluang pekerjaan di Leipzig, beliau berpindah ke Vienna dan memasuki Hospital Brother of Mercy dibawah asuhan dan bimbingan Dr. Quarin, doktor peribadi yang terkenal kepada Permaisuri Marie Theresa. Dua belas bulan kemudian beliau terpaksa berhenti pengajiannya kerana tidak berupaya menyara hidup dan pengajiannya akibat ditipu oleh penerbit buku yang tidak membayar upah royalty diatas karangan dan kerja terjemahan yang dikirimkan untuk dicetak. Setelah itu beliau telah berkhidmat sebagai pakar perubatan persendirian dan pustakawan kepada gabenor Transylvania.

Beliau akhirnya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perubatan (MD) pada 10 Ogos 1779, semasa usianya 24 tahun di Erlangen dengan mengemukakan tesisnya mengenai kaedah merawat kejang dibawah tajuk ‘Confectus adfectuum spasmodicorum aetiologicus et therapeuticus’. Beliau bertugas sebagai seorang doktor di Hettstadt iaitu sebuah perkampungan galian Saxogy pada tahun 1780. Dengan kesmpatan ini beliau mempelajari dan mengkaji ilmu kajilogam. Tulisan-tulisannya mengenai logam pernah tersiar dalam ‘Krebs Medical Observations’. Kemudian beliau telah diangkat menjadi Pembedah Kanan di Hospital Dresden. Tidak lama kemudian beliau meninggalkan hospital tersebut dan bekerja di Farmasi Moor yang dipunyai oleh Herr Hassler, seorang yang ternama di bandar itu. Disini beliau menjalankan penyelidikan bersama-sama Herr Hassler dan menerbitkan ‘Apothekerlexicon’ (kamus farmasi) terdiri dari 4 jilid.

Beliau berkahwin dengan Johanna Henriette Kuchler, anak tiri Her Hassler pada tahun 1782 dan berpindah ke Stotteritz, dimana beliau membuka sebuah klinik disana. Ketika itu beliau mulai rasa gelisah terhadap kaedah-kaedah perubatan yang diamalkan kerana terlalu banyak kesan buruk yang membahayakan pesakit-pesakit. Beliau semakin kurang mengamalkan ilmu perubatannya dan beralih kepada kerja-kerja penterjemahan. Beliau adalah seorang doktor yang mahsyur pada zamannya serta lurus dan jujur. Kerana tinggi ilmunya di dalam perubatan pada zaman itu, serta pula kejujuran hatinya, maka ia mendapati bahawa ubat-ubat yang dipakai pada zaman itu tidak sesuai dan kadang-kadang sangat mengecewakan perasaannya. Ini kerana ia memandang ubat-ubatan di masa itu bukan untuk menyembuh, malahan ubat-ubat itu menambahkan penyakit dan bahaya. Ia akhirnya berhenti daripada menjadi doktor perubatan.

Setelah berhenti menjadi doktor beliau mula menjalankan kerja yang berupa kesarjanaan atau keilmuan sains asal saja dapat dibuktikan kebenarannya. Cita-citanya kepada keilmuan perubatan sangat kuat, tetapi cintanya kepada kebenaran adalah melebihi. Ia adalah seorang yang dipandang tinggi oleh rakan-rakan ahli perubatannya yang mengenalinya sebagai seorang doktor yang mahir.