Social Icons

Prinsip Dan Falsafah

Ramai orang berpendapat bahawa ubat adalah penyembuh penyakit, tetapi haruslah diingat apabila ubat dimakan pada waktu sihat (normal) ia akan meninggalkan kesan yang menunjukkan semboyan ubat itu jika diambil dalam sukatan yang berlebihan. Untuk menghindarkan keadaan ini Perubatan Homeopathy mempunyai falsafah dalam bentuk undang-undang yang harus dipatuhi.

Undang-undang Perubatan Homeopathy;

• Kaedah Seraksi (Law Of Similar)
• Penawar Tunggal (Single Remedy)
• Penawar Sedikit (Minimum Dose)
• Arah Penyembuhan (Direction Of Cure)

Hukum keseraksian Homeopathy wujud dalam alam tabii. Cuma Hahnemann berupaya menjadikannya suatu prinsip perubatan yang kukuh.

Penyembuhan sudah semestinya mempunyai cara kaitan diantara penawar dengan penyakit yang dihidapi. Penyakit biasanya mempunyai sifatnya yang tersendiri kebenaran ini terbukti dengan adanya pertukaran fungsi atau struktur tubuh yang lebih dikenali dengan gelagat sakit.Tidak ada penawar yang boleh menyembuhkan penyakit melainkan jika penawar itu dapat bergerak di bahagian-bahagian yang sakit samada secara langsung (direct) atau secara tidak langsung (indirect). Semakin dekat keserupaan gejala penyakit dengan penawar yang dipilih semakin hampir kuasa penawar itu kepada kuasa hayat pesakit. Suasana ini dapat menggerakkan tindakkan dinamik tubuh keatas penyakit yang dialami.

Oleh itu tiada penawar dapat memberikan kesan yang benar-benar menyembuhkan melainkan ia mempunyai tindakkan penyembuhan ke atas bahagian yang sakit. Setiap penyakit akan memberi kesan keatas sel tisu dan organ-organ tubuh. Satu-satu organ tidak akan menderita bersendirian atau satu sel tidak akan merosakkan dirinya sendiri.

Dalam rangka penyembuhan, rawatan Homeopathy juga mempunyai undang-undang yang dinamakan ‘Undang-Undang Penyembuhan’. Isi kandungannya menyatakan tingkat demi tingkat proses penyembuhan yang akan memberikan gambaran jelas kepada para perawat setakat mana kemelaratan atau proses perjalanan penawar yang telah diberikan.